Squid Game Dari Perspektif Marketing

Squid Game (2021) adalah satu series atau drama korea yang menduduki carta Top 1 di Netflix di Malaysia baru-baru ini. Drama ini menceritakan tentang peserta-peserta yang terlibat dalam satu permainan dan sekiranya mereka memenangi permainan tersebut, mereka akan membawa pulang wang dalam jumlah yang banyak. Banyak pengajaran dan isu-isu diketengahkan kepada audiens dalam menilai Squid Game. Tetapi kali ini, kita cuba tengok drama ini dari sudut yang sedikit berbeza, iaitu sudut marketing.

1. Tahu apakah masalah yang boleh diselesaikan oleh produk/servis anda

Di dalam episod 1 drama ini, kita boleh melihat seorang marketer (yang dilakonkan oleh Gong Yoo) datang kepada Seong Gi-Hun dan menceritakan tentang benefit atau faedah yang boleh dia dapat sekiranya dia bermain satu mini game. Game yang dimainkan adalah mudah tetapi hadiah yang diberikan sekiranya dia berjaya mengalah Gong Yoo tadi. Hadiah yang akan diberikan adalah berbentuk wang tunai. Wang pada waktu tersebut adalah penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh Seong Gi-Hun kerana beliau dikelilingi oleh hutang bahkan telah menandatangani satu perjanjian di mana sekiranya dia tidak dapat membayarnya dalam tempoh sebulan, maka organ-organnya akan dijual.

2. Kenali target audience

Dalam apa-apa sahaja strategi marketing, benda paling penting untuk diketahui adalah siapakah target audience kita. Dalam drama Squid Game, Gong Yoo telah menapis orang-orang yang dia nak approach dengan menyelidik tentang latar belakang mereka. Hal ini akan menjimatkan masa, kos dan meningkatkan probability untuk seseorang yang dia approach untuk closed sale.

3. Berikan offer & promosi

Gong Yoo memberikan offer kepada Seong Gi-Hun untuk mencuba permainan tersebut dan memberita dia bahawa setiap kali dia menang, dia akan bagi wang sebanyak 100 ribu won. Ini yang dilakukan oleh syarikat-syarikat kereta. Prospek boleh test drive kereta-kereta sebelum membeli. Promosi-promosi seperti buy 1 free one, discount dan sebagainya digunapakai oleh perniagaan niche lain.

4. Upsell product/service

Gong Yoo memberikan offer kepada Seong Gi-Hun untuk mencuba permainan tersebut dan memberita dia bahawa setiap kali dia menang, dia akan bagi wang sebanyak 100 ribu won. Ini yang dilakukan oleh syarikat-syarikat kereta. Prospek boleh test drive kereta-kereta sebelum membeli. Promosi-promosi seperti buy 1 free one, discount dan sebagainya digunapakai oleh perniagaan niche lain.

5. Create Urgency

Gong Yoo bagi tahu bahawa tempat ataupun slot kosong untuk permainan tu dah sedikit. Urgency dapat bermain dengan emosi prospek dan memberi sebab untuk prospek bergerak ke hadapan untuk membuat keputusan.

6. Contact Number

Selepas selesai proses pitching ataupun penerangan info, Gong Yoo memberikan Seong Gi-Hun sekeping business card. Hal ini adalah hal yang paling penting sebab kalau dia dah penat-penat explain tetapi tak bagi contact card, dia tak akan dapat convert Seong Gi-Hun jadi peserta. 

7. Retargeting

Selepas tempoh percubaan game pertama, business card tetap diberikan kepada bekas peserta. Kita boleh tengok jumlah yang bersetuju & tak bersetuju untuk permainan disambung adalah 51%. Tetapi selepas retargeting, 93% peserta bersetuju untuk sambung permainan semula.

KEMBANGKAN PERNIAGAAN dengan website yang dibangunkan secara professional dengan harga yang sangat berpatutan!
PERCUMA support selama 6 bulan, kami akan cover semua masalah dalam tempoh tersebut!
Kepakaran kami untuk membina website seperti:
• E-commerce website (Memudahkan pembelian atas talian secara automatik)
• Corporate Website (Bertindak sebagai profile yang menceritakan tentang syarikat atau perniagaan)
• Landing & Sale Page Page (Untuk memberikan informasi kepada pelawat website anda sekali gus terus membeli produk anda)
Untuk pertanyaan lanjut, boleh terus hubungi kami melalui
Facebook
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email