Pertumbuhan E-Commerce di Malaysia serta di Seluruh Dunia

Disebabkan peningkatan penggunaan internet di Malaysia, kadar pertumbuhan ecommerce di negara ini juga semakin meningkat. Diramalkan kadar pertumbuhan adalah 24 peratus setiap tahun. Satu data telah dikumpul dari tahun 2017 sehingga 2019 yang menunjukkan kenaikan ketara perbelanjaan pengguna. Ditambah lagi kesan daripada pandemic covid-19 yang melanda seluruh dunia pada tahun 2020 menyebabkan pengguna terpaksa mencari alternatif baru selain daripada cara membeli belah konvensional kepada pembelian online disebabkan pergerakan yang terhad. Hal ini menyebabkan ramai orang mula membeli melalui talian dari platform-platform seperti shopee, Lazada dan sebagainya. Barang-barang seperti makanan juga dapat dibeli dan diiklankan di platform seperti facebook marketplace.

Dari segi logistic dan penghantaran, 90% daripada jumlah penghantaran dapat dihantar selewat-lewatnya dalam tempoh tempoh seminggu, dan 46% peratus dihantar dalam tempoh 3 hari. Jadi pertumbuhan E-commerce pada tahun 2022 dijangkakan akan lebih rancak. Disebabkan itu, adalah satu kesilapan bagi mana-mana peniaga yang masih lagi tidak cuba untuk menceburkan diri dalam bidang E-commerce.

Facebook
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email