Pentingnya Konsisten Menyampaikan Maklumat Tentang Brand

Setiap perniagaan perlu menyampaikan maklumat yang dalam bentuk teks, gambar, video ataupun hanya ayat atau perkataan. Syarikat-syarikat seperti Mcdonalds, KFC, Sony, Toyota dan banyak lagi syarikat besar sentiasa mempromosikan produk mereka sama ada secara soft-sell, hard-sell ataupun secara reach walaupun mereka sudah dikenali ramai. Jadi, apakah kebaikan menyampaikan maklumat secara konsisten?

 

Membentuk persepsi terhadap sesuatu jenama

Apabila kita menyampaikan maklumat secara consisten, kita dapat membentuk minda consumer atau prospek kita dengan mudah kerana kita sudah memberikan maklumat-maklumat penting kepada mereka melalui content yang telah kita sediakan kepada mereka pada kadar yang konsisten.

 

Memudahkan proses marketing

Apabila kita sudah melakukan perjenamaan secara konsisten, kita lebih mudah untuk sampai kepada prospek atau consumer. Hal ini kerana mereka sudah tahu tentang produk kita. Dalam kata lain, kita dapat meng-optimumkan result daripada kos-kos yang kita telah labur untuk marketing.

 

Membina kepercayaan & keyakinan

Dapat memberikan kepercayaan dan keyakinan untuk orang membeli produk/servis kita. Hal ini kerana mereka kerap melihat kita memberikan maklumat-maklumat yang relevan apabila mereka berinteraksi dengan content kita.

 

Memastikan jenama tersebut kekal revelan

Kekal relevan bermaksud dapat berkomunikasi dengan orang ramai secara personal dan emosi. Sebagai contoh, apabila kita bosan, kita terus terfikir untuk pegi ke Netflix walaupun kita belum tahu movie atau series apa yang kita nak tonton. Kalau kita nak cari sesuatu barang, terus kita ke shopee atau lazada.  

Facebook
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email