Jenis-jenis E-Commerce

E-commerce ataupun Ecommerce adalah sejenis perniagaan yang dijalan melalui internet. Proses aliran tunai dalam ecommerce mencecah sehingga trillion dollar setiap tahun. Boleh dikatakan sekiranya sesuatu perniagaan tidak memanfaatkan digital platform, dikira sebagai satu kerugian yang amat besar. Berikut adalah jenis-jenis ecommerce:

Business-to-Business (B2B)

B2B e-commerce merujuk kepada proses jual beli yang dilakukan oleh sesuatu perniagaan kepada perniagaan yang lain. Contohnya adalah pengilang kepada pembeli pukal dan pembeli pukal kepada peruncit. Model perniagaan ini tidak berurusan terus dengan end-consumer dan selalunya melibatkan bahan-bahan mentah, perisian (software), ataupun produk yang mengabungkan antara hardware dan software.

Business-to-Consumer (B2C)

B2C e-commerce model perniagaan ecommerce yang paling popular. Model perniagaan ini melibatkan penjual dan pengguna (end-consumer). Di antara contoh website yang menggunakan model perniagaan ini adalah Shopee dan Lazada.

Direct-to-Consumer (D2C)

D2C e-commerce adalah model terbaru bagi ecommerce. D2C ecommerce bermaksud sesuatu perniagaan menjual barang ataupun servis mereka terus kepada pelanggan tanpa melalui orang tengah. Contohnya, kalau dulu kita nak membeli barang-barang komputer, kita akan ke lowyat dan sebagainya. Tetapi sekarang, kita boleh terus membeli barang dengan brand tersebut dari website mereka sendiri.

Consumer-to-consumer (C2C)

C2C e-commerce adalah merujuk kepada penjualan barang ataupun servis yang dilakukan diantara pengguna. Contohnya adalah mudah.my di mana kita boleh mencari barang-barang 2nd hand.

Consumer-to-business (C2B)

C2B e-commerce adalah apabila consumer atau individu menjual atau menyediakan produk atau servis kepada organisasi perniagaan. Contohnya adalah seseorang social media influencer yang terlibat sebagai freelance untuk mempromosikan barang sesuatu syarikat (Paid review), freelancer writer dan sebagainya.

Facebook
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email