Contoh-contoh Perniagaan Yang Boleh Memanfaatkan E-Commerce

Setiap orang tidak kira freelancer, bisnes kecil mahupun syarikat yang besar boleh memanfaatkan sistem ecommerce. Ecommerce menawarkan kemampuan untuk sesuatu bisnes menjual barang atau servis secara online. Boleh baca mengenai jenis-jenis E-Commerce di sini. Berikut adalah merupakan contoh-contoh jenis perniagaan yang boleh memanfaatkan E-Commerce:

 

1.Retail atau Runcit

Perniagaan dijalankan secara terus kepada pelanggan tanpa orang tengah. Pembelian dilakukan melalui website, ataupun menerusi whatsapp & platform media social yang lain.

 

2. Dropshipping

Selalunya perniagaan ini menjual produk, bukan servis. Produk dibuat oleh kilang, kemudiannya di ambil oleh pemborong. Dropship adalah pihak ketiga yang akan market & close sale dengan prospek. Kemudian order yang berjaya di-closed tadi akan dihantar kepada pemborong dan diproses. Pembungkusan & logistic akan diurusankan 100% oleh pemborong/pembekal tadi. Sesuatu website boleh mempunyai feature di mana apabila agent dropship tadi membeli di dalam website tersebut, mereka akan mendapat harga yang lebih murah daripada end-user.

 

3. Wholesale

Produk atau servis akan dijual secara pukal kepada pemborong, peruncit atau leader agent. Selalunya harga yang dibeli adalah lebih murah berbanding dengan harga dropship dan end-user. Sesuatu website boleh menetapkan harga yang lebih murah kepada pemborong, peruncit atau leader agent yang berdaftar di website tersebut untuk membeli harga barang secara pukal dengan harga yang jauh lebih murah berbanding end-user.

 

4. Services

Kemahiran seperti graphic design, writing dan sebagainya boleh dijual melalui platform-platform ecommerce seperti freelancer.com, fiverr, upwork dan sebagainya. Di platform-platform ini visitor boleh memilih sama ada ingin mencari job ataupun memberi job.

 

5. Subscription

Subscription atau langganan adalah proses pembayaran secara berulang untuk mendapatkan servis ataupun produk. User akan diberikan dashboard mereka sendiri untuk melihat content-content di website ataupun memberitahu tentang status, tempoh untuk servis yang mereka ambil.

 

6. Crowdfunding

Crowdfunding ataupun kutipan dana bukanlah sejenis perniagaan tetapi crowdfunding boleh dilakukan secara online. Kalau dahulu, ada tabung-tabung disediakan untuk seseorang menderma. Tetapi kini hanya memerlukan details akaun bank (nama, no acc) untuk melakukan sumbangan. Selain itu, crowdfunding boleh memanfaatkan ecommerce dengan integrasi payment gateway untuk memudahkan proses pembayaran.

Facebook
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email