Apakah itu bounce rate?

Secara ringkasnya, Bounce rate adalah kadar seseorang itu meninggalkan website anda setelah melewati satu daripada page di website anda namun tidak melakukan apa-apa pada website anda. Maksudnya apabila mereka singgah di website anda, mereka tidak membeli, mengisi online form atau klik pada mana-mana link yang ada dalam website.

Sekiranya anda sedang menjalankan marketing, bounce rate ini adalah salah satu factor yang sangat penting untuk mempengaruhi hasil daripada pelaburan yang telah anda lakukan untuk melakukan marketing. Sebagai contoh, sekiranya bounce rate di website teruk, berkemungkinan ada masalah dari segi kelajuan website, user experience dan sebagainya. Jadi, apakah itu bounce rate yang tinggi?

Bounce rate yang tinggi bermaksud masa keseluruhan ataupun overall session bagi pelawat yang melawat di website adalah rendah. Mereka masuk sekejap, dan kemudiannya meninggalkan website tersebut. Tetapi tidak bermaksud bounce rate yang tinggi semestinya perkara yang buruk. Sebagai contoh, menurut google :

If the success of your site depends on users viewing more than one page, then, yes, a high bounce rate is bad … On the other hand, if you have a single-page site like a blog, or offer other types of content for which single-page sessions are expected, then a high bounce rate is perfectly normal.

Jadi, ini bergantung kepada jenis website yang anda ada. Sekiranya website adalah jenis ecommerce, bounce rate yang tinggi mungkin disebabkan masalah-masalah dari segi SEO, loading speed, user experience dan pelbagai lagi. Hal ini kerana jika tiada interaksi dilakukan pelawat di website ecommerce, rate untuk kita menukar pelawat menjadi pembeli adalah rendah.

Facebook
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email