Apa Pilihan Skema Warna Terbaik untuk Kedai Makan Anda?

Anda ada kedai makan tapi masih keliru untuk pilih skema warna yang sesuai?

Syarikat-syarikat gergasi industri makanan seperti KFC, McDonald, Burger King dan banyak lagi syarikat lain menggunakan warna merah di dalam skema penjenamaan mereka. Skema penjenamaan ini merangkumi logo, pembungkusan, warna restoran, pemakaian pekerja dan lain-lain. Warna merah dianggap mampu untuk merangsang rasa lapar seterusnya merangsang selera pembeli atau bakal pembeli. Dalam kata lain, warna ini dikatakan mencetus rasa lapar bagi yang melihat.

Kajian menunjukkan bahawa warna merah merangsang, meningkatkan emosi sesuatu aktiviti. Warna merah turut dikatakan meningkatkan kadar degupan jantung (heart rate). Walaupun sebenarnya kadar degupan jantung sebenarnya tidak terkait langsung dengan selera, tetapi disebabkan warna merah sudah sinonim dengan makanan, maka secara tidak langsung sesiapa yang melihat logo yang berwarna merah akan terbayang-bayang tentang makanan.

Namun, tidak dinafikan bahawa ada lagi syarikat-syarikat besar lain yang memilih skema warna selain daripada warna merah untuk tujuan penjenamaan mereka. Contoh-contoh syarikat yang tidak menggunkan warna merah dalam penjenamaan mereka adalah Starbuck dan Subway. Oleh itu, banyak lagi faktor lain yang mungkin boleh dipertimbangkan seperti warna bahan asas produk, slogan, keadaan setempat, sejarah perniagaan dan lain-lain.

Facebook
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email