Antara Faktor Amazon Menjadi Syarikat E-Commerce Gergasi di Dunia

Amazon diasaskan pada tahun 1995 di Bellevue, Washington oleh Jeff Bezos. Amazon adalah syarikat yang menyediakan platform jualan internet. Pada asalnya, nama amazon adalah Cadabra, Inc dan domain asal yang telah dibeli oleh Jeff Bezos adalah rentless.com. Pada tahun 2017, jumlah pembelian ecommerce di Amerika Syarikat adalah 44% daripada jumlah jualan atas talian di sana. Antara faktor yang menyebabkan Amazon dapat menjadi platform ecommerce yang paling besar di Amerika Syarikat.

1. Inovasi.

Disamping menggunakan syarikat kurier sedia ada, Amazon melaburkan jumlah yang besar untuk menyediakan sistem logistik mereka sendiri. Salah satu sistem yang amat menarik adalah penghantaran dalam tempoh hari yang sama dengan order. Selain itu, Amazon sedang menjalankan penyelidikan untuk penghantaran melalui drone.

2. Customer service

Amazon sangat mengutamakan customer service. Jeff Bezos pernah memberitahu,

“The best customer service is if the customer doesn’t need to call you, doesn’t need to talk to you. It just works.”

Maksud Jeff Bezos adalah cuba sehabis baik untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik supaya tidak ada masalah. Sekiranya berlaku sebarang kesilapan dari segi penghantaran dan sebagainya, pelanggan dengan mudah boleh menghantar dan menukar barang tersebut dengan pantas.

3. Faktor harga.

Disebabkan harga adalah salah satu faktor yang paling penting untuk mempengaruhi pembelian, Amazon memang mensasarkan harga yang paling termurah di internet.

4. User-interface & User-experience yang menarik dan mantap.

Design dan user experience yang menarik membuatkan pelawat mudah untuk mencari barang-barang yang mereka ingin beli di platform Amazon. Amazon menggaji satu team yang professional untuk menyelenggara user-interface dan user-experience berdasarkan feedback dan interaksi pengguna untuk membangunkan website ataupun applikasi mereka.

Facebook
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email