8 Element Yang Menghasilkan Website Yang Baik

Satu website yang di-design dengan baik dapat berhubung dan berkomukasi dengan visitor dengan baik dan dapat dijadikan sebagai platform marketing yang mantap. Bagaimanakah kita nak pastikan yang website kita boleh menyumbangkan kepada perkembangan perniagaan kita? 
Berikut adalah 8 benda yang perlu ada bagi setiap website.

 

1. Mempunyai design yang User-friendly

Ini adalah elemen yang paling penting untuk memastikan sesuatu website boleh deliver content dengan baik. Sesuatu perniagaan mungkin memberikan produk yang terbaik di dalam market, tetapi perkara ini tidak berguna sekiranya visitor atau potential customer tidak mendapat info tentang perniagaan tersebut. Jadi untuk membina satu website yang user-friendly, website tersebut mestilah mempunyai sistem navigasi (menu, susunan) yang tersusun. Layout sesuatu website mestilah mudah difahami dan setiap page perlu di-link dengan baik.

 

2. Web Design & Layout

Design dan layout bagi sesuatu website perlulah menarik dan eye-catching. Hal ini diibaratkan seperti kedai yang menarik untuk memastikan orang yang lalu singgah masuk ke kedai. Visitor bagi sesuatu website selalunya memerlukan lebih kurang 50 millisecond untuk membuat keputusan sama ada mereka hendak terus berada di website anda ataupun tutup dan membuka paparan yang lain. Sesuatu design perlulah selari dengan strategi branding supaya apabila visitor datang ke website tersebut, mereka terus faham tentang bisnes dan nilai bisnes tersebut. Selain daripada user interface yang cantik, user-experience yang bagus perlu dititik beratkan. Flow sesuatu website perlulah user-friendly dan mudah.

 

3. Memiliki design yang responsive

Setiap tahun, jumlah pengguna telefon dan tablet semakin bertambah bahkan sudah melebihi jumlah pengguna computer. Kemajuan teknologi telah membawa kepada perubahan kelajuan internet sekaligus dapat menambah access kepada telefon dan tablet. Jadi, sangatlah penting untuk sesuatu website memiliki design yang responsive bagi semua jenis devices dan saiz screen.

 

4. Mempunyai content writing yang berkaitan & bagus

Content writing bagi sesuatu website mampu untuk memberikan info syarikat, produk/servis yang baik kepada visitor. Content yang diletak dalam sesuatu website mestilah informatif, mudah difahami dan bersesuaian dengan produk atau servis. Content writing juga memerlukan research dari segi keyword sekaligus membantu proses SEO (search engine optimization) supaya mudah untuk dicari oleh pengguna ketika mereka menggunakan search engine seperti Google.

 

5. Call to Action

Illustrasi oleh Jeff Shibasaki / Master Your Website.

Pastikan sesuatu website dilengkapi dengan CTA atau call to action statement yang diperlukan. Statement boleh dalam bentuk button, hyperlink, gambar dan sebagainya. CTA sangat berguna untuk menjadi guide kepada visitor tentang aktiviti yang boleh dilakukan dalam sesuatu website contohnya seperti pembelian online, subscribing, menggunakan coupon dan lain-lain.

 

6. Contact information

Sesuatu website perlu untuk memaparkan details tentang contact information untuk memudahkan visitor berhubung dan mendapatkan lebih banyak details tentang syarikat atau produk/servis yang ditawarkan.

 

7. Loading speed yang pantas

Laman web anda perlu cukup pantas untuk pengunjung anda. Walaupun itu mungkin bukan jawapan yang anda cari, itu yang dihargai oleh pengunjung laman web anda. Dengan memantau kadar pentalan anda (dalam Analitis Google atau pelacak metrik yang setanding) dan masa muat halaman (menggunakan pelanjutan Chrome “Waktu Muat Halaman” atau pelacak yang lebih luas) anda boleh terus meningkatkan laman web anda dan melayani pengunjung anda dengan lebih baik. Berikut merupakan standard hasil kajian oleh Geoff Kenyon:

  • Loading speed dalam tempoh 5 saat, web tersebut lebih pantas kira-kira daripada 25% website yang lain.
  • Loading speed dalam tempoh 2.9 saat, web tersebut lebih pantas kira-kira daripada 50% website yang lain.
  • Loading speed dalam tempoh 1.7 saat, web tersebut lebih pantas kira-kira daripada 75% website yang lain.
  • Loading speed dalam tempoh 0.8 saat, web tersebut lebih pantas kira-kira daripada 25% website yang lain.

 

8. Security yang baik

Security yang baik ada perlu untuk mengelakkan hacker dan cyber-thieves daripada mengakses maklumat sensitif. Tanpa security yang bagus & proaktif, perniagaan mengambil risiko penyebaran dan peningkatan malware, serangan ke laman web, jaringan, dan infrastructure IT yang lain.

Facebook
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email