6 Kepentingan SEO Bagi Website & Bisnes

Apakah SEO?

SEO adalah singkatan bagi “search engine optimization”. Optimization ini mampu mengoptimumkan kedudukan website dalam ranking hasil pencarian search engine seperti Google. Dengan SEO yang baik, lebih banyak traffic dapat disalurkan ke website. Pada masa sekarang, keutamaan bagi SEO diberikan kepada Google sebab Google merupakan search engine yang paling banyak digunakan. Sekitar 3.5 juta carian menggunakan Google setiap hari. Menjadikan 90% carian dilakukan di Google. Jadi, bagaimanakah SEO manfaat kepada website & bisnes?

 

1.Memudahkan audiens menemukan website anda.

Sumber : ReviewTrackers

Search engine optimization yang baik mampu membuatkan website kita berada pada halaman pertama google. 75% orang tidak pergi ke page ke-2 dan seterusnya.

 

2.Mendapatkan target audiens yang lebih tepat.

Disebabkan keyword mempengaruhi SEO, hal ini akan menyebabkan audiens yang mempunyai intent atau tujuan bersesuaian dengan keyword tersebut akan datang ke website. Selain itu, Google akan memaparkan konten yang akan terpapar di halaman carian mengikut karakteristik audiens melalui lokasi, history browser dan sebagainya. Jadi, content yang anda sediakan di website akan mudah untuk mencapat target audiens yang bersesuaian dan traffic ke website anda juga akan meningkat.

 

3.Membina brand awareness.

Cara paling mudah untuk mencari produk atau servis adalah dengan menggunakan Google. Data daripada ReviewTrackers, 63% memilih google untuk mencari produk atau servis. Sekiranya website anda terpapar di halaman pertama carian google, brand awareness dapat dibentuk.

 

4.Sebagai pelaburan jangka panjang.

Selain daripada  SEO, ada satu lagi cara untuk meningkatkan traffik ke website anda, iaitu SEM (Search Engine Marketing). Kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama. Tetapi SEM memerlukan anda untuk pump sedikit dana sebagai kos marketing. Manakala SEO lebih kepada slow & steady dalam mendapatkan traffik dan reach dari SEO dikatakan sebagai organic reach. Sekiranya SEO anda sudah baik, kos untuk marketing dapat disalurkan ke medium lain untuk menjana lebih banyak keuntungan.

 

5.Meningkatkan sales & conversion.

Sumber : niagahoster

SEO mampu mendapatkan target audiens yang lebih luas dan effektif. Semakin mudah content website ditemukan di Google, semakin banyak traffik datang ke website anda. Semakin banyak traffic yang datang ke website anda, semakin tinggi potensi untuk mengubah mereka daripada prospek menjadi pelanggan kerana kualiti prospek yang dibawa masuk berikutan daripada SEO yang baik tadi (bersesuaian dengan keyword dan behaviour prospek).

 

6.Membina brand yang bagus.

Brand yang baik adalah apabila pelanggan ingin mencari penyelesaian berdasarkan niche atau kategori, brand tersebutlah yang pertama kali difikirkan. Contohnya sekiranya kita memikirkan tentang smartphone, kita mesti terfikir tentang brand-brand besar seperti Apple, Samsung, Lenovo dan sebagainya. Sebagai contoh, sekiranya kita mencari keyword “best smart phone” di google, nama-nama besar yang disebut tadi akan terpapar di halaman pertama carian google.

Facebook
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email