5G & Kegiatan E-Commerce Pada Masa Akan Datang

5G ataupun 5th generation of mobile network teknologi adalah catalyst kepada revolusi industri ke-4. Fifth generation (5G) menghubungkan pelbagai jenis peranti moden daripada smart phone ke internet. Kelajuan data yang laju, latency yang kurang, dan banyak lagi kelebihan yang dibawah oleh 5G ini memberikan kesan yang amat positif kepada banyak industri dan sektor terutamanya ecommerce.

Laporan daripada CIO Dive pada januari 2019, lebih daripada 70 peratus daripada traffic di internet datangnya daripada peranti mudah alih (mobile device).   Internet speed 5G membolehkan penjual menyediakan media-media dalam kualiti yang tinggi untuk dijadikan rujukan pembeli di semua jenis devices sama ada smartphone, tablet, ataupun desktop.

Diramalkan pada akhir tahun 2021, pasaran ecommerce di seluruh negara akan meningkat sebanyak USD4.8 billion, satu peningkatan yang sangat besar jika dibandingkan dengan jumlah pada tahun 2017 iaitu sebanyak USD2.3 billion. Selain itu, lebih banyak pengguna akan dijangkakan menggunakan internet. Satu laporan daripada SingularityHub meramalkan bahawa 8 billion orang akan menggunakan internet pada tahun 2024, peningkatan sebanyak 4.2 billion berbanding tahun 2017. Disebabkan jumlah pengguna semakin bertambah, maka lebih banyak jualan akan berlaku di platform ecommerce. 5G akan menjadikan internet lebih accessible dan melancarkan proses jual beli.

Facebook
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email